web tracker

Friday, May 19, 2006


Langit:Pandanglah selalu...

Kenapa saya berkata begitu?

Langit adalah tempat tertinggi yang kita dapat lihat dengan mata kasar kita.Langit juga adalah satu tempat yang kita boleh lihat setiap masa tanpa perlu membayar walau sesen pun.Kenapa dengan langit dan bukan gunung-ganang atau burung-burung yang bertebangan bebas?

Saya memilih langit sebagai suatu tempat yang perlu dipandang selalu adalah kerana ia amat berkaitan dengan jiwa kita.Mereka yang berjiwa besar akan melihat setiap satu benda itu walaupun sekecil jarum sebagai satu impian atau satu harapan yang mampu mengubah nilai jarum tersebut.Orang-orang yang berjiwa besar mempunya 'nafsu' yang kuat dalam setiap apa yang mereka lakukan.Dimana 'nafsu' itu digerakkan dengan usaha dan kesungguhan yang tinggi.Orang seperti ini tidak akan digagalkan oleh perkara-perkara yang kecil yang dianggap tidak mustahak.

Sudah faham kenapa saya menyuruh anda melihat langit?
Belum?
Kesimpulannya disini mereka yang selalu memandang langit bolehlah diibaratkan mereka yang berjiwa besar dan tidak akan terhalang oleh benda-benda yang berteraburan di atas tanah.Mereka yang selalu memandang langit tidak akan tersungkur dek batu kecil yang bersepah diatas jalan.Sekian,wassalam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home