web tracker

Saturday, May 20, 2006

perlunya silap dahulu sebelum betul

Hari ini saya berpeluang untuk keluar berjumpa seorang teman di klcc.Apa yang menariknya disini,dalam perjalanan pulang ke shah alam saya tersilap menaiki tren.Tren yang saya naiki tersebut adalah tren yang menuju ke seremban.Sebenarnya saya telah yakin bahawa tren yang saya naiki itu akan menuju ke shah tetapi yang sebenarnya saya perlu bertukar ke tren yang lain di stesen kl sentral.Semasa dalam tren yang saya tersilap naik itu saya nyenyak tidur sehingga terdengar satu suara yang saya tidak pernah dengar sepanjang menaiki tren ke shah alam."Bandar Tasik Selatan",ucap operator tren tersebut.MasyaAllah saya tersilap tren.Lalu saya turun di stesen Serdang dan menaiki tren yang disebelah lain yang datang dari Seremban.Apabila masuk dan duduk didalam tren tersebut,saya melihat semula peta perjalanan setiap tren.Memang betul saya perlu tukar tren di stesen Sentral untuk ke Shah Alam.Hm,baru kini saya tahu dengan sebetulnya trend perjalanan setiap tren walaupun sudah lama menggunakan pengangkutan awam ini.:)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home