web tracker

Thursday, June 08, 2006


Tan Sri Hassan Marican

Tan Sri Hassan Marican dilahirkan di Sungai Petani, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani Kedah dan seterusnya menyambung pengajian di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Kerjaya :

* Kerani artikel di firma Touche Ross
* Rakan kongsi firma perakaunan Hanafiah Raslan dan Mohamad (1981)
* Naib Presiden Kanan (Kewangan) Petronas (1989)
* Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas (1995-kini)

Hasil kepimpinan beliau dan sokongan semua pihak yang terbabit, Petronas bangun dari sebuah syarikat minyak yang dahulunya kerdil di kalangan syarikat-syarikat minyak gergasi antarabangsa seperti Shell dan Esso untuk mendapat tempat pertama dari segi pulangan keuntungan dalam senarai Fortune Global 500 dengan keuntungan bersih US$4.3 billion dan berkedudukan tempat ke 254. Pengalaman beliau sebagai akauntan bersekutu dan mengendalikan pelbagai jenis industri membolehkan beliau mengurus sebuah syarikat kejuruteraan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 4,000 orang jurutera.

Hasil daripada kepimpinan beliau, Petronas telah mengorak langkah yang berani untuk memasuki industri automatif yang sangat kompetitif dengan memulakan projek enjin komersil yang pertama Malaysia. Projek ini telah berjaya menghasilkan enjin 2000cc yang memenuhi spesifikasi tinggi dalam tujuh aspek utama serta boleh digunakan untuk pelbagai model kereta. Ini terbukti bahawa rakyat Malaysia berkebolehan dan setanding dengan industri automatif dunia. Seterusnya, Tan Sri Hassan telah berjaya membawa Petronas mencipta nama di peringkat antarabangsa apabila berjaya membina 'Triple Well' yang pertama di dunia di Sarawak. Teknologi inovatif ini menggunakan tiga telaga dengan enam talian pengeluaran yang digerudi melalui satu laluan yang dikongsi. Kepekaan pada alam sekitar juga memperlihatkan Petronas di bawah pimpinan beliau memperkenalkan Enviro 2000 iaitu kenderaan mesra alam yang menggunakan NGV (Natural Gas for Vehicles).

Sebagai satu pengiktirafan kepada kepimpinan beliau yang dinamik, agresif dan efektif, beliau telah dianugerahkan pingat A.M.K pada tahun 1991. Darjah Sultan Mahmud Terengganu Yang Amat Terpuji pada tahun 1992, Darjah Seri Paduka Mahkota Terengganu pada tahun 1996 dean P.S.M yang membawa gelaran Tan Sri pada tahun 1997. Di samping itu, beliau telah diberi penghormatan oleh Kerajaan Perancis dengan penganugerahan 'Commandeur de la Legion D'Honneur' pada tahun 2000. Beliau turut menerima penganugerahan 'Friendship Medal' dari kerajaan Vietnam pada tahun 2001. Dalam profesion perakaunan, Tan Sri Mohd. Hassan Marican diiktiraf sebagai 'Fellow Institute of Chartered Account' di England dan Wales serta ahli 'Malaysian Institute of Accountants' dan 'Malaysian Association of Certified Public Accountants'. Beliau juga telah diberi penghormatan oleh Universiti Malaya dengan penganugerahan Ijazah Kehormat di atas sumbangan dan peranan beliau dalam kemajuan , pembangunan dan kecemerlangan kejuruteraan tanah air.

Sumber:http://www.mykedah.com/20hall_fame/202_3_04.htm
Hakcipta Terpelihara © 2002 Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home