web tracker

Wednesday, June 07, 2006


Tun Daim Zainuddin

Tun Daim Zainuddin dilahirkan pada tahun 1938 di Derga, Alor Star, Kedah. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Perak dan meneruskan pelajaran menengahnya di Kolej Sultan Abdul Hamid pada tahun 1949 sehingga tahun 1953. Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Saint Xavier's Institution, Pulau Pinang dan lulus 'Cambridge School Examination' pada tahun 1955. Beliau memulakan kerjayanya sebagai guru sandaran di Kolej Sultan Abdul Hamid sehingga tahun 1957. Beliau lulus 'Bar Examination' pada tahun 1959 dalam jurusan undang-undang hanya dalam masa lapan belas bulan sahaja di Lincoln's Inn, London. Berbekalkan kelulusan yang ada, beliau menyambung pengajiannya ke peringkat ijazah di University of Barkeley California pada tahun 1977 hingga tahun 1979 di dalam bidang 'Urban Planning'.

Kerjaya:

* Membuka firma guaman di Kota Bharu, Kelantan
* Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Malaysia
* Majistret di Johor
* 'Deputy Public Prosecuter' di Perak
* Membuka firma guaman bersama Allen & Gledhill
* Membuka firma guaman Daim & Gamani
* Menteri Kewangan (1984 - 1991)
* Penasihat Ekonomi Kerajaan
* 'Joint Chairman' Langkawi Development Authority
* Pengerusi 'Northern Growth Triangle Project (IMTGT) Thailand, Indonesia dan Malaysia'
* Wakil khas East Asean Growth Area (EAGA) Filipina, Brunei, Indonesia dan Malaysia
* Pengarah Eksekutif 'National Economic Action Council (NEAC)' (Dis. 1997)
* Menteri Tugas-tugas Khas, Jabatan Perdana Menteri (Jun 1998)
* Menteri Kewangan (1 Jan. 1999)

Penglibatan politik:

* Senator (1980 - 1982)
* Ahli Parlimen Kuala Muda (1982)
* Ahli Parlimen Merbok (1986)
* Bendahari UMNO

Beliau juga menerajui sektor perumahan dan merupakan seorang pemaju perumahan seperti Taman Maluri dan Taman Bukit Maluri , Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan Pengerusi Peremba Fleet Holdings, Syarikat Televisyen Malaysia dan Rakyat First Merchant Bankers. Ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan, beberapa projek penswastaan telah dijalankan dengan berkesan. Contohnya penswastaan MAS, TNB, Airod dan Projek Lebuhraya Utara Selatan. Selain itu, beliau juga telah berjaya melahirkan ramai usahawan dan korporat Melayu menerusi Dasar Ekonomi Melayu. Beliau juga merupakan Menteri Kewangan terbaik yang pernah dilahirkan oleh negara sejak merdeka. Idea yang dicetuskan oleh beliau berjaya membuka dimensi baru kepada usahawan Melayu untuk bersaing di dalam dunia perniagaan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran oleh kerajaan. Di antaranya ialah Darjah Halim Mu'adzam Shah (D.H.M.S.), Datuk Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (S.S.A.P.), Seri Setia Mahkota (S.S.M.) yang membawa gelaran Tun dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.).

Di dalam bidang akademik, beliau telah dianugerahkan 'Honorary Doctorate In Science' oleh Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1991, 'Honarary Fellowship' daripada Malaysian Institute of Planners pada tahun 1994, 'Honorary Doctorate In Economic' oleh Universiti Sains Malaysia pada tahun 1995, 'Honorary Doctorate In Pholosophy (Management)' oleh Universiti Utara Malaysia pada tahun 1997 dan 'Hononary Fellowship' daripada Institute of Engineers,Malaysia pada tahun 1998. Beliau juga turut dinamakan sebagai 'Bapa Pembangunan Usahawan Melayu di Malaysia' oleh Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 1997.

Sumber dan gambar(hakcipta milik):http://www.mykedah.com/20hall_fame/202_3_01.htm

0 Comments:

Post a Comment

<< Home