web tracker

Monday, January 08, 2007

Melayu Boleh

Salam semua pembaca.

Buat kesekian kalinya sudah lama saya tak membuat sebarang post-post update yang berbahasa Melayu di salah satu blog 'tinggal' saya.Dan post terbaru saya ini hanyalah sebahagian dari usaha saya menyahut cabaran "SEO challenge" yang sedang diadakan di Forum WangCyber.com.

Agak kontroversi dengan tajuk tersebut?

Ya,Melayu Boleh.

"Takkan Melayu hilang di dunia"

Pepatah yang diungkapkan oleh pahlawan terbilang Tanah Melayu suatu ketika dahulu iaitu Hang Tuah memberi gambaran betapa bangsa Melayu sejak dari dahulu lagi sudah memiliki satu kekuatan dalaman untuk mempertahankan setiap apa yang ada pada orang Melayu itu sendiri.

Saya tidaklah ingin bercerita panjang lebar mengenai prisip yang dibawakan oleh lagenda rakyat ini tetapi bagi saya prinsip dan kata-kata semata tidak akan merubah nasib sesebuah bangsa itu untuk mejadi lebih berjaya,maju dan bertamadun.

Memang tak dinafikan jika kita melihat statistik ekonomi sekarang bangsa Melayu boleh dikatakan ketinggalan agak terkebelakang berbanding bangsa-bangsa yang lain dari sudut ekonomi.

Dan lebih membimbangkan lagi hasrat Dasar Ekonomi Baru yang digagaskan lebih dari 30 tahun yang lepas masih gagal mencapai matlamat objektifnya iaitu pegangan ekuiti bangsa Melayu sebanyak 30% dari 'kek' ekonomi Malaysia.

Salah siapa?

Salah bangsa Melayu sendiri yang hanya mampu mencanang Melayu Boleh tetapi gagal melaksanakannya?

Salah pemimpin yang bersikap mementingkan diri sendiri dengan menggunakan kekuasaan yang ada pada dirinya untuk mengkayakan diri sendiri dan keluarga yang terdekat?

Siapa sebenarnya yang bersalah dalam hal Melayu Boleh ini?

Kosong.

Tiada siapa yang patut dipersalahkan.Salahkan diri anda sendiri.Bangsa Melayu menjadi gagal adalah disebabkan sikap dan mentaliti mereka sendiri.

Melayu Boleh= Boleh mencipta idea-idea unik yang mampu menjatuhkan ekonomi bangsa sendiri.

Melayu Boleh=Boleh berjaya menghuni pusat-pusat serenti dan sarang-sarang dadah di ibu kota.

Melayu Boleh=Boleh menjadi pelumba 'jalanan' yakni mat rempit.Berlumba di tengah malam meggadaikan nyawa sendiri.

"Aduhai Bangsaku,BANGKITLAH!!Ubahlah mentaliti anda.Hidupkanlah sinar Islam hadiah Allah s.w.t kepada kita.Bangkitlah dengan kekuatan Islam yang ada dalam pegangan kita semenjak zaman nenek moyang kita lagi"

Buanglah jauh-jauh sifat dengki,iri hati,buruk sangka dan dendam terhadap bangsa sendiri dan insyaAllah...

MELAYU BOLEH MENJADI BANGSA YANG TERHEBAT DAN DIGERUNI DI SELURUH PELOSOK ANTARABANGSA!!

Hidup MELAYU!!

Hidup MELAYU!!

Hidup MELAYU!!

MELAYU BOLEH!!

Wassalam,

Coretan ikhlas seorang bakal pejuang bangsa,tetapi bukan menerusi politik.:)

4 Comments:

Blogger Fathi Baik said...

insyaALLAH orang Melayu Islam boleh berjaya.

5:58 PM  
Blogger Rashidah Juhari said...

Mgkin sbb xda yg sudi fahamkan islam yg sbnrnya kat melayu sbb tu jadi lemau. Happy blogwalking

http://www.rashidahjuhari.com

2:45 AM  
Blogger Rashidah Juhari said...

Mgkin sbb xda yg sudi fahamkan islam yg sbnrnya kat melayu sbb tu jadi lemau. Happy blogwalking

http://www.rashidahjuhari.com

2:45 AM  
Blogger Yogi Marsahala said...

Melayu akan berjaya di Malaysia, komentar juga ya di blog saya http://www.goocap.com

2:56 AM  

Post a Comment

<< Home